APA ITU KOMUNIKASI?
• Proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada orang lain.
•Proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mepunyai kefahaman yang dikongsi bersama
•Asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain
BENTUK KOMUNIKASI
•SEARAH
- Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima
- Memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima
•DUA ARAH
- Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim
- Membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima kurang tepat
- Membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul
KOMUNIKASI BERKESAN
Ia berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:
•Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima
•Makna mesej diPahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima
•Perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar
ELEMEN DALAM PROSES KOMUNIKASI
•PENGHANTAR
orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan
•MESEJ
maklumat, idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain
*ENCODE
ide atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang dipahami oleh orang lain sama ada menggunakan perkataan, bahasa atau simbol
•SALURAN
mesej disalurkan kepada penerima melalui sama saluran yg sama yaitu percakapan atau melalui tulisan, visual atau pergerakan
•PENERIMA
orang yang menjadi sasaran mesej
•DEKOD
mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna
•FEEDBACK
tindakbalas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan
•GANGGUAN
perkara-perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau disalah tafsir
pemjelasan :
PENGHANTAR
Bagi mendapatkan komunikasi berkesan, penghantar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian sewajarnya:
•jelas tentang mesej yang hendak disampaikan
•teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan
•menyatakan apa yang hendak dinyatakan dengan jelas dan yakin
•pasti dengan kepentingan mesej itu
•mendapatkan perhatian penerima
•menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai
•sensitif kepada maklumbalas pihak lain
•kenalpasti gangguan
•kurangkan gangguan
MESEJ DAN ENKOD
Mesej yang akan disampaikan dihantar dengan menggunakan perkataan, simbol atau bahasa tertentu yang dipanggil enkod bagi menggambarkan makna mesej. Dalam masa pembentukan enkod ini perlu diambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:
•memilih perkataan, simbol dan bahasa yang tepat
•memberi gambaran jelas pada maksud mesej
•menggunakan bahasa yang difahami oleh penerima
•mengelakkan penggunaan perkataan yang tidak difahami
•mesej yang hendak dihantar hendaklah ringkas dan padat
sesuai dengan maksud
•mesej juga hendaklah lengkap supaya dapat difahami dengan
jelas gambaran keseluruhannya
SALURAN
Mesej yang dibentuk akan dihantar melalui saluran tertentu sama ada secara lisan, bukan lisan, tulisan atau kaedah lain. Ia perlu dipilih sebaik mungkin karena boleh mempengaruhi keberkesanan komunikasi. Panduan yang boleh digunakan ialah :
•kepentingan mesej dari segi keperluan untuk
menyampaikannya dengan segera
•keperluan untuk menerangkan mesej dengan jelas melalui lisan
•keupayaan penerima untuk menterjemahkan, memahami,
mengingat atau menyimpan mesej dengan baik
•volume mesej yang boleh menetukan sama ada baik dihantar secara lisan atau bertulis
•kepentingannya sama ada untuk didokumenkan atau tidak
PENERIMA DAN DEKOD
Mesej yang diterima akan diterjemahkan dan ditafsirkan yang dikenali sebagai dekod. Pentafsiran akan dibuat berdasarkan keupayaan penerima yang disandarkan kepada pengetahuan, pengalaman atau latarbelakangnya. Semasa menerima mesej, perkara-perkara berikut perlu diambil kira :
•menerima mesej dengan pikiran terbuka
•memahami denga jelas mesej yang dihantar
•menggunakan proses maklumbalas apabila perlu untuk mengesahkan kefahaman anda mengenai mesej
•menerima keseluruhan mesej sebelum memberi tafsiran
•kenalpasti halangan di pihak anda sebagai penerima mesej
dan meminimumkan halangan-halangan tersebut
FEEDBACK
feedback merupakan respon penerima kepada penghantar bagi memaklumkan bagaimana mesej diterima. Maklumbalas boleh diberi atau didapatkan melalui berbagai kaedah iaitu :
•mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima
•reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan
•‘rephrasing’ atau ‘paraphrasing’ iaitu merumuskan semula mesej
•ringkasan-ringkasan
GANGGUAN
Antara gnagguan-gangguan dalam komunikasi ialah :
•persediaan yang tidak mencukupi di pihak penghantar sehingga menyebabkan mesej kurang jelas
•pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang mengundang tafsiran berbeza-beza mengenai perkataan
•mempunyai prasangka sama ada di pihak penghantar atau penerima
•tidak mengosongkan fikiran atau menghapuskan gangguan semasa berkomunikasi. Di fikiran ada lebih penting sedang dipikirkan
•keadaan sekitar yang tidak sesuai
FUNGSI KOMUNIKASI MASSA
I. Fungsinya terhadap masyarakat
Menurut Laswell & Right, ada 4 fungsi komunikasi massa terhadap masyarakat:
1. Pengawasan Lingkungan *Sosial
Mengacu pada pengumpulan berbagai informasi yang terjadi di lingkungan. Media massa menyebarkan dan menyampaikan berita yang ada.
2. Fungsi Korelasi Antara Bagian Dalam Masyarakat Untuk Menanggapi Lingkungannya
Meliputi interpretasi terhadap informasi dan preskripsi (memberi petunjuk/ alternatif untuk mencapai konsensus/kesepakatan, dalam upaya mencegah akibat-akibat yang tidak diinginkan yang terjadi karena adanya informasi terhadap lingkungan tersebut).
3. Fungsi Sosialisasi
Secara konseptual berarti proses dimana warga masyarakat/ individu mengenal, memahami, mentaati dan menghargai nilai, norma-norma dan aturan-aturan.
4. Fungsi Hiburan
Menunjuk pada upaya komunikasi yang bertujuan memberikan hiburan kepada masyarakat luas. Bentuk-bentuk hiburan itu misalnya berupa kehidupan mewah dan para artis, keindahan tempat-tempat rekreasi, olahraga, dsb.
II. Fungsi terhadap Individu
Menurut Samuel L Becker ada 7 fungsi komunikasi massa bagi individu:
1. Pengawasan atau Pencarian Informasi
2. Mengembangkan Konsepsi Diri
3. Fasilitas dalam Hubungan Sosial
4. Substitusi dalam Hubungan Sosial
5. Membantu Melegakan Emosi
6. Pelarian Ketegangan dan Keterasingan
7. Bagian dari Kehidupan Rutin atau Ritualisasi
KUNJUNGI BLOG BARU SAYA, LEBIH BANYAK IDENYA DI => willycatghotic.blogspot.com
Terima kasih kak informasinya sangat membantu sekali..
ReplyDeleteoh ya kami bahas hal yang sama juga loh..
mampir yuk untuk share ilmu dan tambah-tambah bacaan.
https://bangamingadget.com/peran-penting-system32/
terima kasih